AC Mizal Nafi Terlibat Mface Club


AC Mizal Nafi Terlibat Mface Club

Pernah menjadi Pengerusi Jaringan Sosial Mface, Datuk AC Mizal bagaimanapun menafikan bahawa dia mempunyai kaitan dengan skim piramid Mface Club yang berjaya dilumpuhkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNNKK) baru baru ini.

BACA: Suami Mohon Maaf Atas Insiden Isteri Baling Selipar Dan Tunjuk Simbol Lucah Di Bazar Ramadanr

“Saya hanya dilantik sebagai pengerusi kepada jaringan sosial, yang ketika itu namanya Mface. Pada awal pelantikan, semuanya berjalan lancar. Lama-kelamaan saya dapati ada perkara tak kena terutama dari segi pengurusan dan soal wang”

“Enggan terbabit, saya pun meletakkan jawatan dua tahun lalu dan Februari lalu saya ada muat naik sebuah video di laman Instagram menyatakan yang saya tidak lagi terbabit dengan Mface dan memberi amaran supaya mereka tidak lagi menggunakan nama saya dalam apa juga urusan perniagaan mereka, ” katanya.

Mengakui terkejut dengan perkara tersebut, AC dalam masa yang sama sudah menjangkakan situasi tersebut akan berlaku.

Dalam operasi baru baru ini, KPDNKK dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), CyberSecurity Malaysia (CSM) dan Pejabat Peguam Negara membekukan 91 akaun bank bernilai RM177 juta milik skim piramid yang bertapak di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur atas kesalahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001. - Apakes
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment