Anggota TLDM Terselamat Selepas Trak Masuk Gaung
KUNAK: Seorang anggota Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) terselamat selepas trak yang dipandunya terjunam ke gaung di Kilometer 32 Jalan Kunak- Lahad Datu dekat sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.50 tengah hari, trak dipandu Ashaari Suhaibun, 32, dalam perjalanan ke Lahad Datu, terbabas ke sebelah kanan bahu jalan. Pada masa sama, sebuah lagi trak milik
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari arah sama melanggar bahagian kanan hadapan trak terbabit menyebabkan ia menjunam ke gaung.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kunak, Asisten Superintendan Abbas Saud, berkata akibat kemalangan itu pemandu trak TLDM hanya mengalami luka di bahagian tapak tangan manakala anggota ATM yang meneruskan perjalanan telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Lahad Datu.
Katanya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Apakes
0 comments:
Post a Comment