Tanggung Kehidupan Suami, Azza Elite Menafikan
Tanggung Kehidupan Suami, Azza Elite Menafikan
Jika sebelum ini Azza Elite pernah digelar sebagai artis kampung kerana menjual bedak sejuk, penyanyi dan juga pelakon itu menafikan sama sekali dakwaan bahawa dia yang lebih banyak menanggung kehidupan suaminya ketika ini.
BACA: 'MAAFKAN SAYA' - USOP
“Di Instagram saya, memang saya lebih banyak berkongsi tentang produk-produk yang saya jual berbanding hal peribadi. Lagipun suami saya seorang yang pemalu jadi memang susah kalau hendak ajak dia bergambar”
“Disebabkan saya artis jadi tentulah saya yang nampak lebih menonjol daripada suami. Mungkin juga sebab itu timbul dakwaan sebegitu hakikatnya saya dan suami sama-sama mengusahakan perniagaan kami sejak beberapa tahun lalu,” katanya.
/
Selain itu, dia turut menjelaskan bahawa suaminya itu menguruskan bahagian pemasaran dan dia pula di bahagian promosi. Apa pun, semoga kehidupan Azza dipermudahkan dan dilimpahakn rezeki.
0 comments:
Post a Comment