'Maafkan saya' - Usop


'Maafkan saya' - Usop

PUTRAJAYA - Naib juara Mentor Milenia 2017, Usop memohon maaf kepada wakil media atas kegagalannya memberi kerjasama hingga memberi tempias kepada Hazama selaku mentor.

Usop atau nama sebenarnya, Muhammad Saiful Naim Muhd Noor, 20, mengakui masih terlalu hijau dalam dunia seni apabila kurang memahami beberapa perkara, sekali gus menimbulkan salah faham kepada pihak lain.

"Abang Hazama meminta saya untuk tidak memberikan nombor kepada orang tidak dikenali bagi mengelakkan masalah. Namun, saya salah tafsiran seterusnya menyukarkan kerja pihak media. "Jangan pula disebabkan sikap naif saya nama Hazama terpalit sama kerana bukan beliau pencetus kontroversi ini. Semuanya disebabkan silap faham daripada saya.

"Saya bermula dari kosong. Bidang seni adalah satu dunia baharu yang perlu saya pelajari. Saya harap diberikan masa untuk mengenali selok-belok dalam lapangan ini.

"Tidak timbul istilah mendabik dada kerana saya sedar sebagai pendatang baharu tiada ruang untuk saya bersikap bongkak.

"Secara perlahan-lahan saya cuba memperbaiki cara berkomunikasi di hadapan media," katanya pada sesi rakaman Muzik-Muzik Raya, di sini.

Terdahulu, kontroversi timbul apabila Usop enggan memberi nombor telefonnya kepada wakil media selepas konsert akhir Mentor Milenia, sebaliknya meminta mereka melihat Instagram miliknya. - Apakes
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment