Budak 7 Tahun Lemas Jatuh Sungai


Budak 7 Tahun Lemas Jatuh Sungai

ALOR SETAR - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun lemas selepas jatuh ke sungai di Kampung Sungai Baru Tengah, Kubang Rotan, di sini malam tadi.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Abdul Hadi Abdul Rahman, berkata dalam kejadian jam 9.20 malam, mangsa, Iman Shafik Ibrahim dipercayai terjatuh ke sungai ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Katanya, pihaknya yang menerima panggilan 10 minit selepas kejadian dan tiba di lokasi lemas 15 minit kemudian.

"Usaha mencari dilakukan sekitar 100 meter dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh sebelum mengesannya tiga jam kemudian.



"Mangsa ditemui kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian dan disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital," katanya dalam satu kenyataan. Abdul Hadi berkata, operasi mencari dilakukan di sungai seluas 15 meter dan tiga meter dalam.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB)," katanya. - Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment