Suami Mohon Maaf Atas Insiden Isteri Baling Selipar Dan Tunjuk Simbol Lucah Di Bazar Ramadan





Suami Mohon Maaf Atas Insiden Isteri Baling Selipar Dan Tunjuk Simbol Lucah Di Bazar Ramadan

Kecoh baru-baru ini apabila satu video yang memaparkan seorang wanita membaling selipar dan menunjukkan isyarat lucah ke arah pemandu kereta menjadi viral di laman Facebook

Insiden itu dikatakan terjadi akibat perebutan parkir di sebuah Bazar Ramadan di pekan Kuah, Langkawi. 

Video berdurasi 42 saat itu dipercayai dirakamkan oleh seorang wanita di dalam kenderaan terbabit pada jam 7 malam dua hari lalu sebelum dimuat naik di laman Facebook miliknya, Ann Lim.

Sehingga kini video tersebut telah mendapat sebanyak lebih 2 juta tontonan dan lebih 11 ribu perkongsian.

Menurut Lim, dia sudah menunggu parkir tersebut terlebih dahulu dan tiba-tiba datang kereta lain dari arah belakang dan mengambil parkir tersebut
Individu yang berada di dalam kenderaan terbabit dikatakan menjerit dan menyerangnya selepas dia cuba berhadapan dengan mereka. 

Salah seorang wanita daripada kereta tersebut juga bertindak agresif apabila membaling selipar terhadap keretanya.




"Saya tidak faham kenapa mereka menyerang kami. Mereka merosakkan kereta saya dan menunjukkan isyarat lucah. Kami berputus asa, kami tidak sangka mereka berpatah balik dan bertindak sedemikian," tulisnya."Ini tiada kaitan dengan warna kulit. Ini adalah berkaitan masalah sikap individu itu sendiri."



Namun, setelah membuat laporan polis berhubung perkara itu, dia diberitahu bahawa pihak berkuasa tiidak boleh lakukan apa-apa mengenainya kerana ia hanyalah "perkara kecil".

Bagaimanapun, semalam Harian Metro dalam laporannya memberitahu bahawa Muhammad Jefry Sudin, 33, suami kepada wanita tersebut memohon maaf atas apa yang berlaku
"Sebelum kejadian itu, saya sedang memandu kereta, manakala di hadapan saya ada sebuah kereta dinaiki tiga wanita dan kami sama-sama sedang mencari ruang untuk meletak kenderaan.

"Ada satu ruang kosong, ketika itu kereta di hadapan saya sudah terlajak, jadi saya yang sempat masuk ke ruang kosong itu untuk meletak kenderaan," katanya.



Jefry berkata, pemandu kereta terbabit mendakwa ruang kosong itu miliknya, selain melemparkan kata-kata kesat yang menimbulkan rasa marah isterinya sehingga tercetus perbuatan menunjukkan isyarat lucah dan membaling kasut.

"Dari segi itu (perbuatan menunjukkan isyarat lucah dan membaling kasut) saya bagi pihak isteri mohon maaf dan saya pun tidak menjangkakan dia bertindak sampai begitu.


"Saya menganggap kejadian itu kecil saja dan ia menjadi tular apabila wanita yang dipercayai perakam kejadian itu memuat naik ke media sosial, sekali gus mendapat pelbagai komen orang ramai," katanya. - Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment