Warga Emas Cedera Disengat Tebuan




JERTIH - Seorang wanita warga emas berusia 70 tahun dimasukkan ke hospital selepas cedera akibat diserang sekumpulan tebuan berhampiran rumahnya di Kampung Gerung, di sini, petang tadi.

Mangsa, Fatimah Awang Lah, dikatakan pergi mengalihkan lembu peliharaannya tidak jauh dari rumah sebelum diserang tebuan kira-kira jam 5.30 petang.

Fatimah berkata, ketika menghampiri tempat dia menambat lembu, tiba-tiba sekumpulan tebuan menghurung dan menyengatnya.

Katanya, ketika cuba menyelamatkan diri daripada terus diserang serangga berkenaan, dia rebah ke tanah dan kepala menjadi pening akibat sengatan.

Ketika terjatuh ada jiran yang melihat kejadian itu dan terus membantunya untuk membawa ke Hospital Besut bagi mendapat rawatan.

"Akibat serangan tebuan itu, saya cedera di muka, hidung, bahu dan kepala kerana sengatan.

"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana masih terselamat," katanya ketika ditemui di ketika sedang dirawat di Hospital Besut.

Ini adalah kes ketiga kejadian serangan tebuan di daerah Besut sepanjang bulan ini dan dua kanak-kanak maut dalam kejadian itu. - Apakes
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment