Hafiz Hamidun Sedang Kumpulkan Fakta Bukti Perkahwinan Dengan Joy Tidak Sah




Hari ini, Hafiz Hamidun telah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Petaling Jaya untuk memfailkan pembatalan perkahwinan dengan isterinya Siti Arifah Amin atau Joy Revfa yang berlangsung Mei lepas.

Bagaimanapun, Hafiz terkejut apabila mendapati permohonan pembatalan perkahwinan telah pun dibuat oleh Joy pada Jumaat lepas.

Hafiz memberitahu sedang mengumpulkan fakta-fakta bagi membuktikan perkahwinannya dengan Joy tidak sah.

Saya tiada ulasan tentang perkahwinan tidak sah, anda akan ketahui tentang perkara itu tidak lama sahaja lagi selepas semua keputusan dan fakta sudah siap.

Bukan saya berdiam diri, cuma saya ingin bercakap berlandaskan fakta bukan emosi semata-mata. Bagi saya sekarang bukan masanya lagi.

Sepatutnya hari ini dah selesai semuanya, tapi campur tangan banyak pihak membuatkan ia jadi rumit.

Permohonan Joy dibuat mengikut Seksyen 61 (3)(b)(1) dan Seksyen 62(1)(b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003.

Dalam kenyataan kepada pemberita Joy mendakwa sedih dengan sikap Hafiz yang seolah-olah tidak mengaku Joy isterinya.

Disebabkan Hafiz meragui status perkahwinan mereka, Joy telah memfailkan permohonan itu Jumaat lepas tanpa pengetahuan Hafiz.

Mendakwa mereka telah melakukan hubungan suami isteri, Hafiz telah meninggalkan rumah setelah enam hari mereka tinggal sebumbung.

Sebutan semula kes akan dilaksanakan 14 September ini seperti ditetapkan Hakim. - Apakes
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment