2 Mangsa Bot Karam Ditemui
BATU PAHAT - Dua rakan karib yang lemas akibat bot karam ketika menangkap ikan di Empangan Bekok, dekat Yong Peng, malam Sabtu lalu, ditemui pagi tadi.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam, Mohd Asroy Mohd Yahya berkata, kedua-dua mangsa ditemui terapung berhampiran lokasi bot karam.
Katanya, R Kaalicharan Sam, 28, ditemui kira-kira 400 meter daripada lokasi botnya karam, pada jam 8.50 pagi tadi, manakala A Tamil Selvam, 19, pula ditemui 20 meter dari lokasi bot karam, kira-kira jam 10.08 pagi tadi.
Semalam BH melaporkan dua sahabat karib hilang selepas bot dinaiki mereka karam ketika sedang menangkap ikan di Empangan Bekok, dekat Yong Peng, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, Tamil Selvam dan rakan karibnya Kaalicharan, hilang selepas bot dinaiki mereka terlanggar ombak sebelum karam di empangan itu.
Seorang lagi mangsa yang menaiki bot berkenaan, C Dava Rajan, 16, terselamat selepas berenang ke tebing empangan berkenaan. - Apakes
0 comments:
Post a Comment