Van Bawa Pelajar Tahfiz Kemalangan




ALOR SETAR - Sebuah van membawa 11 kanak-kanak Rohingya terbabit dalam kemalangan tiga kenderaan di Kampung Gunung Keriang di sini, pagi tadi.

Kejadian menyebabkan tiga mangsa cedera.

Tiga kanak-kanak perempuan etnik Rohingya itu adalah antara lima yang cedera ringan dalam kejadian kira-kira jam 9.50 pagi.

Dua lagi adalah pemandu dua lagi kenderaan yang terbabit dalam kemalangan berkenaan.

Van berkenaan dalam perjalanan membawa empat kanak-kanak lelaki dan tujuh perempuan etnik Rohingya ke sekolah mereka di sebuah pusat tahfiz di Pantai Johor, di sini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, pegawai Bomba Kanan II Abd Hadi Abdul Rahman, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 9.53 pagi, sebelum lapan anggota menggunakan sebuah jentera dan dibantu Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Jalan Raja bergegas ke lokasi.

"Setibanya di lokasi, kemalangan didapati membabitkan tiga kenderaan iaitu dua kereta jenis Proton Saga dan Mitsubishi serta sebuah van membawa 11 kanak-kanak Rohingya.

"Semua mangsa dapat diselamatkan dengan tiga kanak-kanak dan dua lelaki dewasa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan, manakala mangsa lain turut dibawa ke hospital sama untuk pemeriksaan," katanya. - Apakes


Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment