2 Suspek Larikan Budak Direman




SEREMBAN - Dua lelaki yang dipercayai melarikan kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun di Port Dickson kelmarin, direman bermula hari ini.

Mahkamah Khas Reman di sini, membenarkan kedua-dua suspek yang juga penuntut sebuah institusi pengajian di Port Dickson berusia 21 dan 18 tahun itu, masing-masing direman enam dan empat hari.

Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar, Rahimah Rahim.

Penahanan reman itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

GAMBAR fail, reaksi ibu, Nur Asyikeen Ramli, 33 menunjukkan potret anak perempuannya, Faralysa Amani Fazil, 9 yang dipercayai dilarikan penceroboh yang masuk ke kediaman mereka di Kuarters Politeknik Port Dickson. - Foto Adzlan Sidek

Kedua-dua suspek ditahan ketika membeli tiket wayang di sebuah pusat beli-belah di sini, jam 4.45 petang semalam.

Kelmarin, media melaporkan kehilangan Faralysa Amani Fazil disedari bapanya pada jam 6.45 pagi ketika mahu mengejutkannya ke sekolah, sebelum mendapati tingkap kaca terbuka manakala pintu rumahnya tidak berkunci.

Kira-kira 14 jam kemudian, kanak-kanak itu ditemui selamat namun mempunyai kesan lebam pada pergelangan tangan dan kaki, dipercayai akibat diikat ketika dilarikan.

Dia dikatakan ditinggalkan suspek berhampiran kawasan perumahan keluarganya di Kuarters Politeknik Port Dickson, sebelum berjalan ke pondok pengawal untuk meminta bantuan. - Apakes


Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment