Ditemui Mati Selepas 10 Hari Hilang




SAMARAHAN - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki warga emas yang masuk hari kesembilan hari ini berakhir dengan penemuan mayat di kawasan paya bakau berdekatan Kampung Sampun Tebun, Asajaya, di sini.

Mayat Lembang Pin, 75, ditemui jam 10.20 pagi tadi oleh penduduk Kampung Serpan yang turut menyertai operasi berkenaan sejak mangsa dilaporkan hilang pada 17 Ogos lalu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii, berkata mangsa dikenal pasti oleh keluarganya dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Mayat mangsa masih dalam keadaan sempurna, ditemui kira-kira 300 meter daripada petunjuk iaitu topinya yang dijumpai kelmarin," katanya.

Mangsa dikatakan menaiki perahu dari Pasir Ambal, Kampung Serpan Laut, untuk menangkap ketam pada malam 15 Ogos lalu.

Kira-kira jam 1 pagi keesokannya, penduduk menemui perahunya hanyut di laut sebelum laporan kehilangan warga emas itu dibuat keluarganya pada 17 Ogos. - Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

1 comments:

  1. 888sport casino no deposit bonus codes
    888sport casino no deposit bonus codes · 10 광양 출장샵 Free 보령 출장샵 Spins; $500 Match; 나주 출장안마 100% first deposit match 의왕 출장샵 up to $500 · 50 No Deposit Bonus · Free Casino 충청북도 출장마사지 Bonus

    ReplyDelete