Pernikahan Hafiz Hamidun & Joy Adalah Sah – JAIS
Berikutan kontroversi melanda penyanyi Hafiz Hamidun dan Joy Revfa yang diberi kebenaran untuk bernikah, pihak JAIS tampil menjelaskan perkara sebenar.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim, berkata isu itu timbul apabila bekas suami Joy, Ray Imran, tidak mengemukakan sijil cerai dari pejabat agama Islam di Songkhla walaupun telah mengemukakan surat pengakuan mereka sudah bercerai pada 2015.
“Bekas suami Joy mengemukakan surat pengakuan menyatakan dia sudah bercerai dengan wanita itu kepada Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling.
“Dengan niat suci dan tanpa prejudis, oleh kerana ada pengakuan bekas suami Joy yang dia sudah bercerai, PAID Petaling membenarkan pernikahan itu.
“Tetapi sijil nikah tidak dikeluarkan selagi tiada surat cerai dari Songkhla. Joy berjanji akan mengemukakan sijil cerai selepas pernikahan.
“Bagaimanapun, apabila mereka pergi ke pejabat agama Islam di Songkhla, sijil perceraian tidak dapat dikeluarkan kerana pihak yang membuat permohonan adalah Joy, bukannya bekas suami,” katanya.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim
Kemungkinan atas nasihat pejabat agama di Songkhla, Joy atau nama sebenarnya, Siti Arifah Mohd Amin, mendaftarkan permohonan cerai taklik yang berkuat kuasa pada tarikh ia dikemukakan iaitu pada 13 Julai lalu.
“PAID Petaling sudah menasihatkan bekas suami Joy mendapatkan surat cerai dari Songkhla. Apa yang menyebabkan Hafiz tidak berpuas hati adalah surat cerai taklik bertarikh 13 Julai.
“Kalau surat cerai berkuat kuasa pada 2015 mungkin kes ini tidak menjadi isu. Apa pun yang penting, bekas suami Joy sudah mengaku yang dia memang sudah menceraikan wanita itu,” katanya lagi. - Apakes
0 comments:
Post a Comment