Warga Emas Maut Dipercayai Ditikam
Warga Emas Maut Dipercayai Ditikam
PARIT BUNTAR - Seorang warga emas ditemui mati dalam keadaan terbaring berlumuran darah dengan kesan tikaman di perut dipercayai dibunuh di hadapan sebuah restoran makanan segera di Taman Wawasan, Parit Buntar, hari ini.
Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, mayat Yeap Ah Kang @ Yeap Bak Seng 73, ditemui oleh orang ramai yang melalui kawasan itu.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Yeap Ah Kang @ Yeap Bak Seng Katanya, setakat ini polis mengklasifikasikan ia sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Kes disahkan dan polis sedang menjalankan siasatan lanjut sebelum sebarang kenyataan dikeluarkan," katanya. - Apakes
0 comments:
Post a Comment