"Hanya Salah Faham, Daler Yusuf Sudah Mohon Maaf Kepada Saya"



Menyedari video mereka menunggang motorsikal bersama sehingga Daler Yusuf secara tidak sengaja terpegang dadanya menjadi viral, Nelydia Senrose tampil menjelaskan kejadian sebenar. 

Menurut Nelydia, biarpun ia berlaku secara tidak sengaja, Daler telah memohon maaf kepadanya.

“Waktu kejadian, itulah kali pertama saya menunggang motosikal, di kepala saya agak bercampur baur, fikirkan nyawa pembonceng, camera man di hadapan, keselamatan diri lagi memang buatkan saya langsung tidak sedar”

“Saya akui, dalam keadaan yang ‘terlalu’ berjaga-jaga saya terhilang sedikit kawalan dan berhenti secara mengejut kerana sedar ada bongol di hadapan”

“Dia ada hubungi saya tetapi saya tidak ambil pusing tentang pekara ini. Bagi saya hanya salah faham. 

Saya sendiri tidak tahu sama ada ia benar-benar tersentuh atau hanya kerana angle video tersebut,” jelasnya kepada Media Hiburan berhubung dengan perkara terbabit.

Selain itu, Nelydia yakin Daler bukanlah seorang lelaki yang suka mengambil kesempatan, jadi baginya beliau melihat isu ini tidak perlu diperbesarkan. 

Terdahulu video mereka menunggang motorsikal hangat diperkatakan apabila Nelydia tertekan brek membuatkan Daler terpegang buah dadanya.  - Apakes
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment