6 Rakan Didakwa Membunuh



6 Rakan Didakwa Membunuh

GEORGETOWN - Enam termasuk empat remaja bawah umur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan membunuh seorang remaja lelaki di flet Padang Tembak, 27 Jun lalu.

Tertuduh, A Thulasi, 30; E Vinoth, 25, dan empat remaja berumur antara 15 hingga 17, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid.

Mengikut pertuduhan, mereka bersama dua lagi yang masih bebas didakwa dengan tujuan bersama untuk mengakibatkan kematian M Sathiwill, 20, di sebuah rumah di Blok J Boundary, Jalan Padang Tembak, di sini, antara jam 1 pagi hingga 1 tengah hari pada 27 Jun lalu.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mohamad Amin menetapkan 3 Oktober hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes dan penyerahan laporan perubatan. Semua tertuduh tidak diwakili peguam, dan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Fatin Hussain. - Apakes





Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment