Wanita Mengaku Salah Buat Laporan Polis Palsu



Wanita Mengaku Salah Buat Laporan Polis Palsu

KOTA TINGGI - Seorang pekerja kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini, atas tuduhan membuat laporan polis palsu mendakwa disamun dan dicederakan. Tertuduh, Nur Amirah Kamisan, 23, mengaku bersalah selepas tuduhan dibacakan di depan Penolong Pendaftar Khairul Azhar Mohamad.

Nur Amirah dituduh membuat laporan bertulis kepada anggota polis yang diketahuinya adalah palsu dan dengan maksud ingin menyebabkan polis akan membuat siasatan berkaitan hal yang dimaklumkan.

Dia melakukan kesalahan itu di pejabat pertanyaan Balai Polis Bandar Tenggara di sini, pada jam 4.30 petang, 1 Julai lalu. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya Azlin Zeti Zainal Abidin manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Terdahulu, pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM3,000, tetapi mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM2,000 dan seorang penjamin.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 9 Julai ini bagi menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh. - Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment