Pelakon Nadia Mustafar rugi RM40,000



Pelakon Nadia Mustafar rugi RM40,000

Pelakon Nadia Mustafar kerugian RM40,000 selepas sejumlah wang tunai, beberapa utas jam berjenama dan barang kemas miliknya dipercayai dilarikan pembantu rumah, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Shafien Mamat berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kecurian barang berharga termasuk wang ringgit di kediaman pelakon itu di Jalan Gunung Nuang, Seksyen U11 di sini, pagi semalam.

"Sebelum laporan polis dibuat pemilik rumah, pihak kami menerima maklumat daripada jirannya pada 28 Jun lalu, bahawa rumah itu dipecah masuk pada jam 8.25 malam.

"Pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) kemudian diarahkan menyiasat tempat kejadian dan jiran memaklumkan pemilik rumah adalah seorang pelakon sedang bercuti di Bangkok bersama keluarga dan pulang pada 30 Jun.

"Siasatan yang dijalankan dalam bilik atas rumah itu, mendapati terdapat kesan umpil di pintu bilik kedua manakala keadaannya berselerak, dipercayai dilakukan oleh pembantu rumah," katanya.

"Pembantu rumah mangsa tidak memiliki dokumen yang sah. Wanita dikenali sebagai Fitri itu berusia lingkungan 20an, bertubuh kurus dan kecil serta berkulit cerah," katanya.

Shafien berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan. - Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment