Ezad Lazim Muntah Berdarah?



Penyanyi popular, Ezad Lazim, 37, dikejarkan ke sebuah hospital di Singapura pada Khamis lalu selepas muntah berdarah ketika terbabit dengan rakaman program Muzika Extravaganza terbitan Media Corp dan RTM.

Isterinya, Nor Azeana Ramli, berkata selepas sesi latihan penuh pada hari kedua, penyanyi lagu Demi Cinta itu muntah tidak berhenti hingga terpaksa menerima rawatan di hospital sebelum dibawa pulang ke sini.

"Keadaan kesihatan Ezad mula terganggu sejak sebelum Ramadan. Ketika membuat persembahan di Singapura sebelum ini, Ezad pernah muntah dan apabila pulang, saya membawanya ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan.

"Alhamdulillah, selepas berehat di rumah, keadaan kesihatannya kembali pulih. Tetapi, ketika sibuk mempromosikan koleksi baju Melayu pada Ramadan lalu, Ezad kembali sakit.

Dia juga tidak berselera menjamah makanan sehingga berat badannya turun mendadak.

"Keadaan suami begitu sejak setahun lalu selepas disahkan menghidap penyakit Gastro Esophagel Refluks Desease (GERD)," katanya.

Ezad katanya, begitu ceria ketika berlepas ke Singapura selama empat hari bermula 4 Julai lalu malah, tidak menghadapi masalah ketika menjalani latihan pada dua hari pertama.

"Dia mula muntah-muntah sebaik pulang ke hotel selepas selesai latihan penuh.

Melihatkan dia muntah tidak berhenti-henti sehingga berdarah, pembantu peribadi mengejarkannya ke hospital yang berdekatan hotel," katanya. Nor Azeana berkata, suaminya dibenarkan pulang selepas menjalani imbasan X-Ray dan dimasukkan air.

Bagaimanapun, keadaannya masih lemah dan hanya terlantar di katil.

"Kami sudah melakukan pelbagai usaha untuk merawatnya termasuk bertemu pengamal perubatan tradisional tetapi tidak banyak berubah.

"Saya perhatikan, setiap kali Ezad mahu muncul di kaca TV, penyakitnya datang semula.

Sepanjang Ramadan, Ezad banyak menerima tawaran program TV tetapi apabila mahu menghadiri rakaman, dia akan sakit. "Sudah lebih setahun keadaan suami begini tetapi kami reda dan hanya menyerahkan kepada Allah," katanya.

Akuinya, Ezad agak tertekan kerana perlu keluar mencari rezeki untuk keluarga.

Dia juga bimbang jika keadaan kesihatannya berterusan begitu, lambat-laun tiada lagi tawaran nyanyian.

"Suami tetap berusaha melawan penyakitnya dan kami berdoa supaya dia segera sembuh untuk kembali bekerja," kata ibu kepada dua cahaya mata, Puteri Rania Keisha, 3, dan Putera Muhammad Darwish, setahun. - Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment