Aliff Aziz Timang Anak Lelaki



Penyanyi Aliff Aziz menimang cahaya mata sulung apabila isterinya, Bella Astillah melahirkan bayi lelaki seberat 2.91 kilogram jam 3.46 petang tadi.

Penyanyi yang popular dengan lagu Sayang Sayang itu berkata, bayi lelakinya itu diberi nama Mohamad Ayden.

Aliff turut menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada keluarga, rakan serta peminat yang mengirimkan ucapan tahniah atas kelahiran itu.

"Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT, pada hari yang mulia ini lahirnya anakandaku dengan selamat. Terima kasih 'mummy' kerana menjadi wanita kuat dan tabah sepanjang kehamilan ini.

"Buat anak lelakiku, selamat datang ke dunia. Ini adalah saat yang telah lama dinantikan oleh mummy dan daddy.

"Buat cahaya mata sulungku, Mohamad Ayden Adrean, selamat hadir ke dunia dan menjadi penyeri buat keluarga," kongsi Aliff menerusi gambar yang dimuat naik menerusi Instagram.

Menerusi perkongsian yang dibuat Aliff dua jam lalu, kegembiraan jelas terpancar pada wajahnya ketika menyambut kelahiran putera sulungnya itu.

Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September lalu dalam majlis tertutup yang dihadiri keluarga terdekat. - Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment