2 Maut Dirempuh Kereta Ketika Bantu Mangsa Nahas



JOHOR BAHRU - Dua penunggang motosikal maut manakala tiga yang lain parah dirempuh dan diseret kenderaan ketika membantu mangsa kemalangan lain dalam nahas membabitkan tiga kereta dan lima motosikal di Kilometer 10 Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam menghala ke Skudai, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad, berkata ketika nahas jam 4.15 pagi itu, sekumpulan penunggang motosikal yang berhenti di lorong kanan untuk memberi pertolongan kepada mangsa kemalangan sebelum itu, dirempuh sebuah Proton Persona.

Katanya, dua mangsa yang maut dikenali sebagai S Logess, 29 dan R Surendran, manakala tiga lagi yang parah masih belum dikenal pasti.

"Dalam kejadian ini, dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala tiga lagi dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Taib berkata,  sejurus pelanggaran kereta Proton Persona itu terbabas ke kiri jalan dan berlanggar dengan sebuah lagi kereta di kiri jalan tetapi pemandu kereta itu hanya mengalami cedera ringan.

"Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati sistem jalan adalah sehala tiga lorong menghala ke arah Skudai dan kemalangan berlaku di lorong paling kanan jalan, cuaca hujan, manakala kawasan kemalangan gelap berlampu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan suspek akan ditahan reman hari ini bagi membantu siasatan," katanya. - Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment