Bayi Mangsa Dera Meninggal




BATU PAHAT - Selepas enam hari bertarung nyawa, kanak-kanak lelaki berusia 21 bulan yang dipercayai mangsa dera, menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), tengah hari tadi.

Muhamad Al Fateh Abdullah yang bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan meninggal dunia jam 12.45 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa, berkata perkara itu disahkan pihak hospital kepadanya sebentar tadi.

"Dukacita dimaklumkan bahawa Muhamad Al Fateh, yang dipercayai dera meninggal dunia sebentar tadi.

"Bedah siasat akan dilakukan bagi mengetahui punca kematian kanak-kanak malang ini," katanya.
- Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment