BATU GAJAH - Dua lelaki maut selepas pacuan empat roda Toyota Hilux yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler di Kilometer 20, Jalan Ipoh - Lumut di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, pemandu, Chin Jia Kent, 23, dan Ooi Seow Keat, 30, maut ditempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohd Nasri Omar berkata, siasatan awal mendapati treler berkenaan dalam perjalanan dari Lumut menuju ke Ipoh.
"Setibanya di tempat kejadian, pemandu treler merupakan seorang lelaki berusia 54 tahun terlihat kenderaan berkenaan dipandu dari arah hadapan secara melawan arus.
"Treler yang dipandu di lorong kiri tidak sempat mengelak lalu berlaku pertembungan. Impak kuat itu menyebabkan kedua-dua mangsa tersepit," katanya.
Menurutnya, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Batu Gajah untuk bedah siasat.
"Pemandu treler yang berasal dari Manjung tidak mengalami sebarang kecederaan dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - Apakes
0 comments:
Post a Comment