Aaisyah Dhia Rana antara anak selebriti yang paling popular dan sering mencuri perhatian ramai bukan sahaja kerana wajahnya yang comel tetapi fesyen beliau yang sentiasa “up to date” dan pelbagai. Iyalah, ibunya Che Ta akan memastikan anaknya itu sering bergaya.
Baru-baru ini, Che Ta ada memuat naik foto Aaisyah sedang santai di tepi kolam renang, tetapi cara pemakaian Aaisyah kali ini yang agak terdedah mendapat perhatian netizen.
Mereka menegur pakaian Aaisyah seksi dan tidak bersesuaian dengan umurnya. Netizen sebenarnya risau dengan keselamatan Aaisyah.
Umum mengetahui sekarang memang banyak kanak-kanak menjadi mangsa pedophilia.
Mungkin juga apa yang dikatakan oleh netizen itu ada betulnya, dalam memuat naik foto comel Aaisyah kena berhati-hati juga. Zaman sekarang, pelbagai perkara boleh berlaku. - Apakes
0 comments:
Post a Comment