Wanita Ditikam Teman Lelaki Selepas Minta Putus


Wanita Ditikam Teman Lelaki Selepas Minta Putus

Seorang wanita cedera ditikam teman lelakinya selepas berselisih faham berhubung hubungan mereka di Taman Serindit, dekat Jalan Datuk Kumbar, di sini, petang tadi.

Mangsa berusia 23 tahun yang berasal dari Kampung Alor Gandas, di sini, bertemu suspek, 23, jam 7 malam untuk membincangkan soal hubungan mereka sebelum berlaku pertengkaran.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, berkata suspek tidak dapat menerima hakikat teman wanitanya ingin memutuskan hubungan, sebelum berang dan menikam perut mangsa dengan senjata tajam.

"Suspek menikam bahagian perut mangsa beberapa kali, sambil bergelut, mangsa cuba mengelak menyebabkan jari dan lututnya turut cedera.

"Mangsa yang cedera serius iaitu pendarahan dalaman di bahagian perut kemudian dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dengan ambulans untuk rawatan," katanya. Mohd Rozi berkata mangsa kini dirawat di Zon Merah HSB dan keadaannya dilaporkan stabil, namun masih lemah akibat pendarahan.

"Polis masih mengesan suspek yang dikatakan tinggal di Jalan Tun Razak, di sini dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya. - Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment