Perkara Yang Boleh Membatalkan Puasa Kita Tanpa Sedar


Perkara Yang Boleh Membatalkan Puasa Kita Tanpa Sedar

- Makan dan minum dengan sengaja

Makan dan minum secara sengaja membatalkan puasa. Namun, sesiapa yang makan atau minum kerana terlupa pada siang hari di bulan Ramadhan, puasanya tetap sah.

- Keluar darah haid dan nifas

Apabila seorang wanita mengalami haid (keluar darah) di siang hari pada bulan Ramadhan walaupun hanya beberapa ketika atau di saat ingin berbuka, puasanya terbatal. Dia harus berbuka puasa tetapi perlu mengqadaknya pada bulan lain.

- Muntah dengan sengaja

Sesiapa yang sengaja muntah seperti menjolok jari ke dalam mulut untuk mengeluarkan sesuatu, puasanya terbataldan wajib mengqadaknya pada bulan lain. Jika termuntah, puasanya tetapsah dan boleh meneruskan puasanya.

- Berjimak pada siang hari

Apabila seseorang telah melakukan jimak (persetubuhan), puasanya terbatal dan wajib mengqadak serta dikenakan kaffarah (denda) mengikut urutan.

- Mengeluarkan air mani dengan sengaja

Sesiapa yang mengeluarkan air mani secara sengaja pada siang hari bulan Ramadhan, puasanya terbatal dan wajib mengqadaknya pada bulan lain. Mengenai air mani yang terkeluar disebabkan mimpi, puasanya tidak terbatal kerana bukan dari kehendaknya. Oleh itu, dia hanya perlu mandi junub dan meneruskan puasanya.

- Memasukkan sesuatu ke dalam rongga hingga sampai ke halkum atau perut

Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja dan tidak ada beza sama ada yang boleh dimakan atau tidak, termasuklah jugalah dalam kategori ini orang merokok. Ijma’ ulama mengatakan terbatal puasa.

- Gila

Gila atau pengsan, sekiranya berlaku sepanjang hari dan dia tidak sedar walaupun satu saat maka batal puasanya.

- Murtad

Ulama’ bersepakat bahawa sesiapa yang murtad maka batallah puasanya dan wajib qadha’ hari yang ia murtad, sekiranya ia kembali memeluk Islam.

- Pengsan sepanjang sehari

Mabuk atau pengsan, sekiranya berlaku sepanjang hari dan dia tidak sedar walaupun satu saat maka batal puasanya.


Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment