Pesawat Rempuh Besi Jejambat - Saksi


Pesawat Rempuh Besi Jejambat - Saksi

Pesawat Piper PA28 dilihat terbang rendah sebelum terhempas dan merempuh besi jejambat yang belum beroperasi di Lebuh Raya Kota Iskandar-Pulai, berhampiran Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) pagi tadi.

Saksi kejadian yang juga penyelia tapak pembinaan berhampiran, R Murugam, berkata pada mulanya beliau menyangka pesawat itu terbang rendah untuk melakukan pendaratan cemas si jejambat yang belum beroperasi itu.

Katanya, beliau kemudian terkejut melihat pesawat ringan itu merempuh besi pada jejambat itu sebelum dia dan pekerja lain bergegas ke lokasi bagi membantu menyelamat mangsa yang terbabit. "Kami sedang bekerja di bawah (tidak jauh dari lokasi) dan pada jam 10.30 pagi nampak kapal terbang ini turun (terbang rendah) sebelum ia rempuh besi itu (jejambat).

"Semua pekerja pergi ke kapal terbang itu dan tiga lelaki keluar memberitahu kami mereka semua selamat dan tidak cedera sebelum polis dan pihak bomba datang di sini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini. Murugam berkata, tiada sebarang letupan atau kebakaran berlaku ketika pesawat berkenaan terhempas. - Apakes



Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment