Penangan Fattzura, Cinderella Duduki Tangga Pertama Jualan Itunes


Penangan Fattzura, Cinderella Duduki Tangga Pertama Jualan Itunes

Siapa sangka dalam ramai yang mengkritik kualiti suara pasangan terkenal sekarang, Fattah Amin dan Fazura, lagu single duet mereka bertajuk, Cinderella telah berjaya menduduki tangga pertama dalam carta jualan digital iTunes, selepas hanya sehari dilancarkan.

BACA: "FAZURA MEMPUNYAI CIRI-CIRI WANITA IDAMAN SAYA"

“Saya ingin berterima kasih kepada pengarah, Michael Ang yang sudi memilih dan menjadikan Cinderella sebagai lagu tema drama itu. Kejayaan awal itu membuktikan kerjasama saya dan Fazura dalam lagu itu diterima ramai,” katanya.

Sementara itu, Fattah turut terkejut dengan sokongan yang diberikan peminat yang memuat naik lagu drama Hero Seorang Cinderella yang tengah hangat ditayangkan sekarang di kaca televisyen. Terdahulu pasangan Fattzura juga ada memuat naik ucapan penghargaan mereka di Instagram.

Lagu Cinderella telah dihasilkan oleh penyanyi dan komposer, Aizat Amdan yang sebelum ini pernah menulis lagu Wanita Terakhir nyanyian Fattah. Tahniah diucapkan kepada Fattah dan Fazura diatas pencapaian lagu tersebut. Memang hebat penangan Fattzura kali ini! - Apakes
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment