Mayat Penunggang Motosikal Ditemui Terputus Dua


Mayat Penunggang Motosikal Ditemui Terputus Dua

Mayat seorang penunggang motosikal ditemui terputus dua dipercayai digilis kenderaan selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 406.2 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, mayat Muhammad Fakhrur Razi Mohd Khir, 21, yang menunggang Yamaha 125 ditemui berhampiran besi pembahagi jalan di tengah lebuh raya tidak jauh dari motosikalnya.

Dalam kejadian itu, tiga buah kereta dilaporkan mengalami kerosakan pada bahagian depan kereta masing-masing selepas terlanggar objek yang tidak dikenal pasti di lorong kanan lebuh raya namun dipercayai motosikal mangsa. Tiga kenderaan terbabit terdiri daripada dua buah Honda City dan sebuah Mazda 6.

Kesemua pemandunya dilaporkan tidak mengalami kecederaan. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam, berkata kemalangan membabitkan motosikal itu hanya dapat dikesan selepas tiga pemandu kereta terbabit melaporkan kenderaan mereka rosak kerana terlanggar objek di atas lebuh raya.

"Pemeriksaan kemudian menemui motosikal mangsa di melintang di lorong kanan sebelum menemui cebisan mayat mangsa di pembahagi jalan di tengah lebuh raya di lokasi terbabit.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu untuk tampil di mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kubu Bharu di talian 03-60641222.- Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment