Adira AF Pasrah Andai Suami 'Berubah'


Adira AF Pasrah Andai Suami 'Berubah'

Jika sebelum ini Adira AF pernah berkongsikan bahawa dia berjaya menurunkan berat badannya sehingga 25 kilogram tanpa berdiet, nampaknya jumlah tersebut belum cukup lagi untuk memuaskan hati penyanyi itu sendiri. Malah dia juga pasrah sekiranya penampilannya selepas bersalin kurang disenangi suami.

“Harapan tinggal harapan kalau nak ke 42kg semula seperti dulu. Bila melahirkan anak, saiz badan semakin membesar dan tidak akan kembali seperti dahulu. Saya terima saja berapa berat yang saya mampu dapatkan,” katanya.

Disoal pula mengenai adakah suaminya berpotensi berubah hati dengan penampilannya kini, Adira lebih selesa menyerahkan perkara tersebut kepada Tuhan.

“Itu susah mahu cakap. Itu semua kerja Tuhan,” jelas Adira yang mengakui tidak menolak rezeki jika dikurniakan cahaya mata kedua dalam masa terdekat. Dalam masa yang sama, suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali dengan gelaran Datuk Red, sangat menyayangi anaknya dan tidak membeza bezakan mereka. - Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment