Che Ta Melaram Dengan 104 Pasang Baju Raya


Che Ta Melaram Dengan 104 Pasang Baju Raya

Boleh tahan banyak juga baju yang perlu digayakan Che Ta pada tahun ini, adalah kurang 6 pasang dari tahun lepas. Sedar bahawa jumlah tersebut tidak masuk akal dan akan menjadi bahan kecaman warga laman sosial, Che Ta menyatakan perkara sebenar di sebalik perkara tersebut.

Baca: ADIRA AF PASRAH ANDAI SUAMI 'BERUBAH'

“Dilantik sebagai duta jenama pakaian Mina selama setahun, saya diberi 94 pasang baju dengan rekaan berlainan untuk hari raya. Janganlah kecam saya kerana ia diberi percuma”

“Tahun lalu saya dikecam gara gara berkongsi jumlah baju raya yang disediakan untuk diri sendiri dan keluarga,” jelasnya. Tambah Che Ta Aaisyah turut menerima 30 pasang baju daripada jenama yang sama.

Selain itu, wanita yang turut memegang gelaran usahawan berjaya ini juga turut menempah 10 pasng baju raya dengan pereka Rizman Ruzaini sebagai tambahan dan pastinya ia adalah sedondon untuk digayakan pada 1 Syawal nanti.

Besar juga tanggungjawab Che Ta mahu menggayakan sejumlah baju yang ada namun pastinya dia sudah bersedia berhadapan dengan perkara tersebut. Jadi, anda punya baju raya tahun ini berapa helai? - Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment