Uqasha Buka Mulut Mengenai Insiden Perli



Uqasha Buka Mulut Mengenai Insiden Perli 

KUALA LUMPUR - Pelakon Uqasha Senrose, 24, enggan melayan kontroversi yang mengatakan beliau diperli ketika muncul dalam program terbitan Astro, Meletop, baru-baru ini. Hangat diperkatakan netizen, Uqasha ber pendirian beliau perlu bersikap profesional ketika menjadi tetamu program berkenaan.

"Sejujurnya, saya tak sedar mereka (pengacara Meletop) perli saya. Jika benar perkara itu berlaku, pada saya, ia satu perbuatan yang tidak wajar dilakukan. Buat apa nak ungkit balik perkara yang sudah lama berlaku.

"Saya datang untuk buat kerja bagi mempromosikan drama Hero Seorang Cinderella. Apa saja perkara negatif yang berlaku, saya tolak tepi.

Mereka nak cakap apapun, cakaplah. Saya tak hairan pun," katanya. Uqasha atau nama penuhnya, Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen, baru-baru ini, tampil sebagai tetamu program Meletop bagi mempromosikan drama terbaharu lakonannya berjudul Hero Seorang Cinderella.

Uqasha tampil bersama pelakon gandingan, Datin Zizie Ezette dan Pengarahnya, Michael Ang. Mengulas reaksinya yang tampak kurang selesa dengan provokasi dua pengacara Meletop iaitu Nabil Ahmad dan Neelofa ,yang cuba memancing emosinya, Uqasha berkata, berdiam diri adalah jalan terbaik.

"Tak perlu rasanya untuk saya balas balik kenyataan yang mereka keluarkan itu," katanya.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment