Terbabas Masuk Restoran Nasi Kandar


Terbabas Masuk Restoran Nasi Kandar

Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dipandu seorang lelaki terbabas ke dalam restoran Nasi Kandar Kassim Mustafa di Jalan Lebuh Pantai, Georgetown, Pulau Pinang, malam ini.

Dalam kejadian 11 malam itu, pemandu berusia 26 tahun terbabit dikatakan cuba mengelak sebuah motosikal sebelum hilang kawalan lalu masuk ke dalam restoran terbabit.

Menurut sumber, ketika itu ada beberapa pelanggan sedang menjamu selera, namun tiada kemalangan jiwa dan kecederaan berlaku.

"Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan di lokasi dan MPV terbabit mengalami kerosakan teruk di bahagian depan. Pemandu terbabit kemudian ditahan untuk siasatan lanjut," katanya. - Apakes


Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment