Lega 'Batu Menyakitkan' Dibuang - Awal




Lega 'Batu Menyakitkan' Dibuang - Awal

Pelakon dan pengacara popular Awal Ashaari selamat menjalani pembedahan membuang batu dalam hempedu di sebuah pusat perubatan swasta di sini pada jam 8.30 pagi, hari ini.

Menurut isterinya yang juga pelakon dan pengacara Scha Al-Yahya, dia bersyukur kerana pembedahan itu berjalan lancar.

“Awal mengetahui ada batu dalam hempedu selepas berasa sakit dan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum ini. Doktor menasihati supaya menjalani pembedahan pada Ramadan ini supaya dia dapat berehat.

“Awal juga dimasukkan ke wad pada jam 8.30 pagi dan pembedahan yang memakan masa selama tiga jam selesai kira-kira 11.30 pagi,” katanya.

Scha berkata, doktor memaklumkan Awal dijangka keluar dari wad selepas tiga hari dan perlu berehat di rumah.

“Saya menemani Awal sepanjang dia di rawat. Sepatutnya saya terbabit dengan penggambaran drama arahan Dira Abu Zahar tetapi terpaksa tunda kerana mahu menjaga Awal.

“Mujur pihak produksi memahami dan saya dibenarkan bercuti Awal pulang ke rumah nanti.

“Awal juga dinasihatkan berehat lebih seminggu sebelum kembali mengacarakan program Melodi. Selain cukup rehat, saya kena pastikan Awal menjaga makan minumnya agar cepat sembuh,” katanya.

Ditanya mengenai Lara Alana pula, Scha berkata puteri kesayangannya itu dijaga ibunya buat sementara waktu.

“Kebetulan, Lara cuti sekolah. Jadi, saya boleh fokus menjaga Awal di hospital,” katanya. - Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment