Redha Hidup Sentiasa Diselubungi Gosip - Neelofa


Redha Hidup Sentiasa Diselubungi Gosip - Neelofa

Nama Neelofa sememamgnya bukan saja sentiasa meniti di bibir peminat malah turut mendapat perhatian warga laman sosial yang lain. Malah pelakon ini juga mengakui bahawa kisah cinta antara dia dan Fattah Amin memberi kesan kepadanya hingga mengganggu emosi.

Baca: LEGA 'BATU MENYAKITKAN' DIBUANG - AWAL

“Gangguan yang dtang tanpa mengira waktu ini ada kalanya membuatkan saya terfikir bila ia akan berakhir. Sejak Februari lalu saya ambil pendekatan untuk senyap daripada memberi penjelasan yang akhirnya memberi saya ketenangan,” katanya.

Sementara itu, berikutan kisah cinta yang digilai peminat mereka bagaikan tiada henti itu, Neelofa mengambil pendirian untuk membiarkan dan berdiam diri mengenai perkara tersebut selagi apa yang tersebar tidak mencemarkan maruah dan menjatuhkan nama keluarganya.

Selain itu, Neelofa juga menyatakan bahawa dia kini ada berkawan namun menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Tuhan.

“Saya orangnya biasa saja. Apabila usia matang begiini, selepas saya mengenali hati budi seseorang lelaki, saya menilai pada asas dirinya. Apa asas yang dinilai itu, biarlah rahsia”

“Sampai masa, mungkin saya akan kongsi dan buat masa sekarang simpan saja dahulu,” jelasnya lagi mengenai haluan jodohnya ketika ini. Semoga segala urusan Neelofa dipermudahkan. - Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment