"Tahun Ini Memberikan Cabaran Besar Rumah Tangga" - Rosma



"Tahun Ini Memberikan Cabaran Besar Rumah Tangga" - Rosma

Selepas sembilan tahun bersama, bakat yang dicungkil menerusi program realiti, Akademi Fantasia musim pertama, Rosma mengakui, 2017 memberikan cabaran besar dalam rumah tangga mereka.

Ini kerana sejak tiga bulan lalu, suaminya Khairul Nizam Mohamad atau Khai, 38, diuji apabila menghadapi masalah slip disc hingga menyukarkannya melakukan aktiviti harian.

Ekoran masalah kesihatan suaminya itu, Rosma terpaksa menangguhkan hasratnya untuk memperkenalkan single terbaharunya, Sumpah Setia ciptaan Edry Abdul Halim yang sepatutnya diperkenalkan pada bulan lalu.

"Khai pernah hampir dua minggu tidak boleh bangun kerana terlalu sakit. Ketika menjayakan persembahan reunion Akademi Fantasia bulan lalu, dia terpaksa menahan sakit kerana tidak mahu menghampakan peminat yang sudah membeli tiket.

"Khai masih menjalani rawatan dan akan bertemu doktor setiap dua kali seminggu untuk pemeriksaan.

"Sepanjang Ramadan ini, jika keadaan kesihatannya mengizinkan, Khai akan menemani saya membuat persembahan ketika berbuka puasa di Restoran Pot & Pan, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)," katanya.

Akur dengan masalah kesihatan suaminya, Rosma atau nama lengkapnya, Rosmayati Sidik, 32, enggan membebankan Khai terutama dalam membuat persiapan raya. "Semua kelengkapan hari raya sama ada kuih atau baju, sudah saya uruskan terlebih awal.

Saya tidak suka membuat persiapan pada saat akhir kerana akan kelam-kabut. "Sebelum ini, kami lebih selesa membeli baju siap tetapi sejak dua tahun kebelakangan ini, kami suka menempah.

"Untuk raya ini, kami sekeluarga akan menggayakan persalinan sedondon warna ungu dan hijau zamrud. "Kami lebih mengutamakan persiapan untuk dua anak iaitu Muhammad Amzar Danish, 8, dan Nur Amani Damia, 3.

"Alhamdulillah, Danish juga sudah mula belajar berpuasa penuh tahun ini dan itu yang membuatkan Syawal ini lebih bermakna buat kami sekeluarga," kata Rosma.

Rosma berkata, mereka tidak menghadapi masalah untuk pulang beraya kerana kedua-dua keluarga tinggal di kawasan berdekatan di Kuantan, Pahang.

"Ibu mentua saya tinggal di kawasan perumahan berdekatan, kira-kira lima minit memandu dari rumah orang tua saya. Jadi, saya tiada masalah untuk meraikan Aidilfitri sama ada di rumah keluarga sendiri atau ke kediaman mentua.

"Hanya pada pertengahan Syawal, kami akan pulang ke Johor Bahru kerana ayah Khai masih menetap di sana," katanya. - Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment