Maut Selepas Ditikam



Maut Selepas Ditikam

Lelaki maut selepas ditikam beberapa kali di leher, dada dan belakang badan dengan pisau memotong sayur oleh adik iparnya.

Kejadian berlaku ketika mangsa sedang tidur di rumah di Kampung Sabah Baru, Jalan Tengah Nipah, Lahad Datu, kira-kira 3 petang semalam.

Mangsa, 29, yang parah kemudian dikejarkan ke Hospital Lahad Datu sebelum disahkan meninggal dunia oleh doktor, pada 5.20 petang, pada hari yang sama.

Difahamkan, ketika kejadian suspek dipercayai di bawah pengaruh dadah menikam abang iparnya yang sedang tidur di ruang tamu rumah mereka.

Ahli keluarga mangsa yang menyedari kejadian itu cuba meleraikan perbuatan suspek namun gagal sebelum bertindak menikam mangsa.

Mangsa kemudian dapat melepaskan diri dan keluar dari rumah tetapi suspek terus mengejarnya.

Penduduk kampung yang melihat kejadian itu kemudian menangkap suspek dan menyerahkannya kepada polis manakala mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Lahad Datuk Asisten Komisioner Hamzah Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh. - Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment