Satay Daging Kucing & Anjing Viral Di Singapura Terungkai



Satay Daging Kucing & Anjing Viral Di Singapura Terungkai

Khabar angin menyatakan satay kucing dan anjing dijual di gerai di bazar Ramadan Geylang Serai, Singapura adalah tidak benar sama sekali. Ia telah dinafikan oleh pihak berkuasa Singapura setelah gambar itu tersebar di laman sosial.

Gambar yang mencetuskan kontroversi itu menunjukkan seorang lelaki ditahan oleh pihak Kementerian Kesihatan Singapura kerana menjual satay daging tidak halal kepada pelanggan beragama Islam.




Dalam satu kenyataan dikongsi di laman web rasmi kerajaan negara itu, mereka ingin menegaskan kepada pengguna laman sosial bahawa gambar tersebut merupakan gambar pihak berkuasa menahan penjual makanan asing tidak berlesen dan bukannya kerana menjual satay daging tidak halal seperti yang digembar-gemburkan.

“Seramai 22 penjual makanan asing tidak berlesen yang juga merupakan pekerja tanpa izin ditahan oleh Kementerian Tenaga Kerja semasa tinjauan rutin dilakukan bersama polis serta Agensi Alam Sekitar Kebangsaan pada tarikh 30 Mei lepas. Siasatan masih lagi dijalankan,” lapor kenyataan tersebut.

“Kita perlu menilai cerita yang dikongsi di laman sosial dari sumber tidak rasmi sebelum menyebarkannya kepada orang lain,” tambah laporan itu lagi.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment