Kopiah Amy Search Laris



Kopiah Amy Search Laris

Kopiah Maulana mirip topi pelaut yang diperkenalkan bintang rock, Amy Search pada Ramadan tahun lalu, terus mendapat sambutan peminat.

Kopiah yang menjadi sebahagian daripada koleksi pakaian jenama General Product by Amy Search itu menjadi pilihan jejaka yang mahu tampil kasual dan bergaya di pagi Aidilfitri.

Amy memberitahu BH Online, dia bersyukur perniagaan yang diusahakan sejak tahun lalu mendapat sambutan baik.

"Alhamdulillah, tahun kedua beroperasi di Publika, Solaris Dutamas, kedai kami terus menerima kunjungan ramai... tempat ini strategik.

"Malah sepanjang Ramadan, saya banyak menghabiskan masa di kedai bersama isteri dan anak," katanya. Amy berkata, selain kopiah, dia turut menjual busana wanita.

"Dunia fesyen cukup saya minat. Saya menghasilkan kopiah Maulana, kurta, jubah dan kebarung klasik sebagai pilihan untuk wanita," katanya. - Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment