2 Rumah Musnah Dalam Kebakaran



2 Rumah Musnah Dalam Kebakaran 

Petaling, berhampiran bangunan Kotaraya di sini, musnah dalam kebakaran, malam tadi. Kebakaran jam 9.45 malam itu memusnahkan sepenuhnya dua unit rumah tingkat atas bangunan dua setengah tingkat. Lima unit rumah di tingkat satu turut mengalami kerosakan.

Pegawai Bomba Kanan Dua, Hisham Hamzan, berkata sepasukan 28 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pudu, Hang Tuah dan Keramat tiba di lokasi lapan minit selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 9.50 malam.

"Kita memadam sepenuhnya kebakaran kira-kira 15 minit kemudian dan tiada penghuni berada dalam unit ketika kejadian. "Api dipercayai bermula di bahagian bumbung kerana kita mengesan penyaman udara tidak dipasang dengan betul, hanya diletakkan di atas sofa.

"Bersebelahan sofa itu ada alat pemanas makanan dan mungkin berlaku litar pintas antara dua alat ini," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, malam ini. Hisham berkata, tingkat yang musnah itu diubah suai untuk memuatkan dua unit rumah dan dipercayai didiami pekerja warga asing.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment