Fattah Amin Tidak Mahu Isu Jumpa Orang Tua Fazura Diperbesarkan


Fattah Amin Tidak Mahu Isu Jumpa Orang Tua Fazura Diperbesarkan

Beberapa hari lalu hangat sebentar media sosial apabila berita Fattah Amin bertemu keluarga Fazura tersebar. Menyedari hal itu, Fattah menjelaskan pertemuan yang berlaku itu hanyalah di majlis kenduri doa selamat anjuran mereka berdua, dan bukanlah secara peribadi.

BACA: "FAZURA MEMPUNYAI CIRI-CIRI WANITA IDAMAN SAYA"

“Buat masa ini, saya belum berjumpa keluarga Fazura untuk berbincang mengenai hubungan kami. Lagipun, saya bertemu keluarga Fazura bukan dalam satu majlis peribadi, sebaliknya kenduri doa selamat anjuran kami bersama beberapa individu lain”

“Saya mohon tiada pihak yang membesarkan isu ini. Pada saya kalau sudah ditakdirkan kami berkahwin, saya reda. Apa yang boleh dikatakan saya selesa berkawan dengan Fazura. Tidak dinafikan, dia memiliki ciri-ciri wanita yang saya cari selama ini,” jelasnya.

Dalam masa yang sama Fattah meminta agar peminatnya tidak memperbesarkan isu terbabit kerana bimbang ramai yang akan meletakkan harapan tinggi pula pada hubungan mereka. Menurut Fattah, seperti hubungannya dengan Neelofa sebelum ini, biarlah masa menentukannya.

Terdahulu berita pertemuan Fattah dengan keluarga Fazura kecoh diperkatakan umum. Rata-rata ramai yang gembira dengan berita tersebut. Tetapi seperti biasalah, ramai juga masih membandingkan tindakan Fattah yang turut berjumpa dengan keluarga Neelofa sebelum ini. Apapun kita tunggu sahaja berita seterusnya. - Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment