Pihak Polis Merakam Keterangan Doktor Yang Merawat Zulfarhan



Pihak Polis Merakam Keterangan Doktor Yang Merawat Zulfarhan

KUALA LUMPUR - Polis melakukan siasatan menyeluruh berhubung kematian Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain yang dipercayai didera, termasuk merakam keterangan doktor yang merawat mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata siasatan kes itu kemungkinan mengambil masa kerana membabitkan ramai suspek namun memberi jaminan ia akan dilakukan secara telus.

Katanya, pihaknya juga akan mengesan bomoh yang didakwa memberikan nama mangsa kepada suspek sebagai individu yang dikatakan mencuri komputer riba sebelum suspek menggunakan alasan itu untuk memaksa si mati membuat pengakuan dengan cara menderanya.

"Kita akan siasat semua kemungkinan berkaitan kes ini. Buat masa ini, kita tidak boleh mendedahkan maklumat lanjut kerana siasatan masih berjalan," katanya.

Zulfarhan, 21, penuntut tahun dua Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) meninggal dunia malam kelmarin, selepas dipercayai didera rakan dengan seterika wap, selain terdapat kesan melecur di bahagian dada, tangan dan kakinya.

Setakat ini, polis menahan 36 penuntut berusia antara 20 dan 21 tahun bagi membantu siasatan kejadian berkenaan dan kesemua mereka ditahan reman selama seminggu bermula hari ini. - Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment