Pasangan Suami Isteri Maut Dalam Kemalangan 5 Kenderaan



Pasangan Suami Isteri Maut Dalam Kemalangan 5 Kenderaan

KULIM - Pasangan suami isteri maut selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan empat kenderaan lain di Jalan Kulim-Baling berhampiran Kampung Paya Serdang, di sini, petang tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3.10 petang membabitkan lima kenderaan, dengan pasangan suami isteri berusia lingkungan 50-an itu dikatakan tersepit di dalam kereta jenis Proton Wira yang dinaiki.

Mangsa dikenali Robiah Mat Saman, 54 dan suami, Razak Saari, 66, masing-masing dari Kampung Padang Cina, di sini, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kulim Hi-Tech, Penolong Penguasa Bomba Mohd Azizi Abdullah, berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam jam 3.15 petang dan bergegas ke lokasi bersama sebuah jentera bomba dan sebuah ambulans Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Perubatan (EMRS).

Katanya, lima kenderaan terbabit dalam kemalangan itu termasuk sebuah lori dengan dua mangsa tersepit pada tempat duduk di dalam salah sebuah kereta terbabit.

"Ketika tiba, semua mangsa dari kenderaan lain sudah diselamatkan orang ramai dan dibawa ke Hospital Kulim dengan ambulans untuk rawatan lanjut.

"Pihak kami bagaimanapun segera membantu mengeluarkan mayat dua mangsa yang tersepit di dalam kereta, sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi. -Apakes




Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment