Kebakaran Menyebabkan 300 Motor Hangus


Kebakaran Menyebabkan 300 Motor Hangus

PASIR PUTEH - Lebih 300 motosikal bernilai lebih RM1 juta musnah dalam kebakaran di sebuah kedai motosikal di Kampung Bukit Belah, Gaal, di sini awal pagi tadi. Kebakaran kedai dan pelbagai jenis motosikal termasuk model berkuasa tinggi disedari jam 3.30 pagi tadi.

Kebakaran itu turut memusnahkan sebuah lagi rumah berdekatan. Ketua Pegawai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Penolong Penguasa Bomba, Azhar Elmi Mustophar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 3.57 pagi.

Beliau berkata, pihaknya turut mendapat bantuan anggota operasi dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Machang dan Jerteh, Terengganu.

"Seramai 17 anggota bomba terbabit dari BBP Pasir Puteh, Machang dan Jerteh membabitkan dua jentera menjalankan kerja pengawalan dan pemadaman kebakaran sebelum operasi tamat pada jam 6.27 pagi," katanya.

Azhar Elmi berkata, setakat ini pihaknya masih menyiasat punca kejadian dan kerugian awal dianggarkan ebih RM1 juta.

Sementara itu, mangsa kebakaran, Che Hasnah Idris, 62, berkata dia enam beranak termasuk tiga cucu tinggal sehelai sepinggan selepas kediaman mereka yang berdekatan dengan kedai motosikal berkenaan turut musnah dalam kebakaran itu. Katanya, ketika kejadian, mereka sekeluarga sedang tidur dan kebakaran itu dipercayai berlaku kira-kira jam 3 pagi.

"Secara tiba-tiba, saya dikejutkan anak perempuan, Susila Mustafar, 25, yang berada dalam keadaan terkejut melihat api dan meminta kami menyelamatkan diri.

"Bagaimanapun, saya bersyukur semua anggota keluarga terselamat walaupun semua harta benda musnah," katanya ketika ditemui. - Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment