Budak Jatuh Parit ditemui Lemas



Budak Jatuh Parit ditemui Lemas

BEAUFORT - Seorang kanak-kanak lelaki ditemui lemas dalam parit di Jalan Lembaga Elektrik, Kampung Beaufort Selatan, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu, Mohd Haikal Matlan, 8, dipercayai terjatuh ketika cuba menyeberangi parit berkenaan menggunakan sebatang titi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort, Runzee Abdul Thani ketika dihubungi, berkata apabila menyedari mangsa terjatuh, seorang rakannya terus mendapatkan bantuan orang awam.

"Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 3.22 petang dan tiba di lokasi beberapa minit kemudian.

 "Mangsa ditemui tidak sedarkan diri oleh orang awam kira-kira 60 meter daripada lokasi dia dikatakan terjatuh pada jam 3.59 petang," katanya. Runzee berkata, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Beaufort namun disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital. - Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment