Siasat Segera Kematian Zulfarhan Osman


Siasat Segera Kematian Zulfarhan Osman

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) diarah menjalankan siasatan segera kematian Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, yang ditemui di sebuah apartmen di Sepang, semalam.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam twitternya berkata, tiada siapa yang akan terlepas daripada tindakan undang-undang jika didapati bersalah.

Katanya, beliau sedih menerima berita kematian pegawai kadet laut berkenaan. "Innalillah...sedih dan pilu dengar berita kematian Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain.

"Al Fatihah," katanya. Zulfarhan Osman, 21, meninggal dunia petang semalam selepas dipercayai didera rakan dengan seterika wap. Pegawai kadet laut, tahun ketiga UPNM itu dipercayai memiliki kesan melecur akibat ditekap dengan seterika wap di bahagian dada, tangan dan kakinya.

Sementara itu, polis menahan 36 individu terdiri daripada penuntut UPNM dan orang awam berhubung kematian seorang pelajar yang ditemui mati di sebuah apartmen di Sepang, malam tadi. Siasatan awal polis mendapati wujud unsur penderaan hingga menyebabkan kematian. - Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment