Maut, Nahas 6 Penunggang Motosikal



Maut Nahas 6 Penunggang Motosikal

KUALA KANGSAR - Seorang pemuda maut manakala lima cedera dalam kemalangan membabitkan enam motosikal di Kilometer 244.1 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan awal pagi tadi.

Kemalangan yang berlaku berhampiran kawasan rehat dan rawat (R&R) Sungai Perak itu turut mengakibatkan sebuah daripada motosikal terbabit terbakar.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi, penunggang motosikal, Mohammad Hafiz Mohd Khir, 19, yang berasal dari Kampung Batang Kulim, Kota Lama Kanan, dekat sini, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Ahmad Termizi Abd Haq, berkata lima lagi penunggang berusia 21 hingga 23 tahun cedera di badan dan dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan.

"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati semua enam motosikal terbabit dari arah Plaza Tol Kuala Kangsar menghala ke R&R Sungai Perak dan sebaik sampai di lokasi kejadian, mangsa yang maut menunggang di lorong kanan disyaki hilang kawalan.

"Berikutan itu, mangsa terbabas dan terbaring di tengah jalan mengakibatkan lima motosikal di laluan sama cuba mengelak sehingga semuanya terbabas.

"Akibat perlanggaran itu, sebuah motosikal yang terbabas terbakar manakala lima yang lain rosak," katanya ketika dihubungi hari ini. Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat dan punca kematian adalah akibat kecederaan parah di kepala. - Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment