Wanita hamil 8 bulan diragut




JOHOR BAHRU - Seorang wanita hamil lapan bulan cedera selepas beg sandangnya diragut ketika mangsa baru mengeluarkan wang di mesin juruwang automatik (ATM), di Taman Molek, dekat sini.

Kejadian kira-kira jam 9.30 malam Sabtu lalu itu menyebabkan mangsa berusia 24 tahun itu terjatuh dan cedera ringan di kedua-dua tangan dan lutut.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd Aziz, berkata seorang lelaki dikatakan menghampiri mangsa yang baru mengeluarkan wang dan meragut begnya sebelum melarikan diri dengan motosikal yang ditunggang seorang lagi suspek.

"Seorang suspek bermotosikal menunggu di tepi jalan berhampiran bank, manakala seorang lagi menghampiri mangsa yang baru mengeluarkan wang dan terus merampas begnya.

"Mangsa mengalami cedera ringan dan mendapat rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sultan Ismail (HSI). Hasil pemeriksaan mendapati kandungan mangsa yang berusia lapan bulan itu dalam keadaan baik," katanya dalam kenyataan, di sini.

Jokhiri berkata, mangsa kerugian kira-kira RM1,200, termasuk matawang Singapura berjumlah SGD300, selain pelbagai dokumen peribadi.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan pihaknya sedang mempertingkatkan rondaan serta pemantauan secara berkala di kawasan berkenaan, selain membuat pemeriksaan ke atas motosikal.

Beliau juga memohon orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu supaya tampil di balai polis berhampiran atau menghubungi Hotline Polis Kontinjen Johor di 07-2212999 atau Hotline Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam di talian 07-3864222. - Apakes
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment