Tempoh Yang Agak Lama Tidak Adil Buat Isterinya - Ustaz Hazaruddin Baharuddin




Penyanyi Hafiz Hamidun seharusnya mengambil tindakan segera selepas berasa curiga terhadap perkahwinannya dengan Siti Arifah Amin atau Joy Revfa tanpa perlu menunggu masa lebih tiga bulan.

Imam Besar, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya iaitu Ustaz Hazaruddin Baharuddin berkata, mengambil tindakan apabila perkahwinan berkenaan sudah separuh jalan adalah tidak wajar.

"Faraq bermaksud perkahwinan yang dibubarkan melalui talak atau selain daripadanya, namun dalam sistem perundangan Islam di Malaysia, faraq merujuk kepada pembubaran bukan melalui talak.

"Faraq hanya diputuskan oleh mahkamah apabila terbukti sesuatu perkahwinan tidak sah, apa yang dimaksudkan tidak sah ialah hilang salah satu syarat sah nikah.

"Dalam kes Hafiz Hamidun, dia seharusnya mengambil tindakan itu sejurus selepas timbul rasa was-was terhadap perkahwinan bukan sudah separuh jalan sehingga timbul pertikaian baru nak bertindak," ujarnya.

Beliau mengulas tentang kemelut rumah tangga penyanyi Hafiz Hamidun dan Joy Revfa yang dikatakan tidak sah apabila usahawan kosmetik berkenaan gagal memberikan surat cerai perkahwinan pertamanya selepas mereka berkahwin pada 1 Mei lalu.

Joy telah memfailkan permohonan faraq iaitu pembubaran perkahwinan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di Subang Bestari, Shah Alam pada Jumaat lalu.

Permohonan itu dibuat selepas Hafiz mula meragui perkahwinan mereka dengan mendakwa ia sebagai tidak sah dan enggan menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami.

Sementara itu, ditanya tentang sama ada betul atau tidak tindakan Hafiz meninggalkan isterinya,  Hazaruddin berkata, tempoh masa yang agak lama diambil oleh penyanyi itu juga tidak adil buat isterinya.

Tambahnya, tindakan Hafiz melambatkan proses faraq dibimbangi menjadi ikutan kepada orang lain yang tidak mengambil berat terhadap hal-hal berkaitan perkahwinan.

"Dia seorang selebriti, apa yang dia lakukan akan menjadi ikutan masyarakat. Apa yang kita bimbang peraka seperti ini menjadi ikutan oleh orang lain yang ingin bercerai cara mudah," ujarnya.

Hafiz dan Joy Revfa diijabkabulkan di Masjid Negeri, Shah Alam pada 1 Mei 2017 dengan sekali lafaz.

Mereka bertunang dua bulan sebelum itu, pada 23 Mac 2017.

Joy Revfa pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia tiga tahun. - Apakes
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment