Gadis Histeria Lepas Tonton Annabelle




Sebelum ini dilaporkan, penonton di negara Korea terkencing dalam seluar akibat ketakutan ketika menonton filem seram Annabelle.

Terbaru, kali ini terjadi di Brazil dimana, seorang wanita mengalami histeria sehingga menumbuk dirinya sendiri sebaik saja menonton filem tersebut.

Memetik laporan Daily Mail, wanita berusia 20 tahun itu menonton filem tesebut pada tayangan lewat malam. Sejurus keluar dari pawagam, dia tiba-tiba histeria.

Aksi wanita itu sempat dirakam oleh melalui oleh salah seorang pengunjung pawagam. Dalam rakaman video itu menunjukkan wanita berkenaan terbaring di lantai sambil menjerit-jerit dan terbatuk-batuk.

Beberapa orang awam yang berada di tempat kejadian cuba menenangkan gadis itu apabila dia mula bertindak gila menumbuk mukanya sendiri.

Selepas keadaan menjadi tidak terkawal, gadis itu terus dibawa ke hospital di bandar Brazil di Piaui.

Tidak diketahui apakah punca sebenar yang mendorong gadis itu bertindak pelik dan kejam terhadap dirinya sendiri. - Apakes
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment